Memastikan keselamatan anda dalam talian bermaksud melindungi maklumat anda dan menghormati privasi anda. Itulah sebabnya dalam setiap produk yang kami buat, kami fokus untuk memastikan maklumat anda dilindungi, mengendalikan maklumat itu secara bertanggungjawab dan memastikan kawalan di tangan anda. Pasukan kami berusaha setiap hari untuk menjadikan produk Google selamat walau apa-apa sahaja yang anda lakukan—menyemak imbas web, mengurus peti masuk anda atau mendapatkan arah.
Maklumat anda dilindungi oleh keselamatan bertaraf dunia. Anda boleh mengawal tetapan privasi anda dalam Google Account pada bila-bila masa.
- Untuk mengetahui maklumat umum tentang privasi pada Classroom, teruskan membaca artikel ini.
- Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang alat privasi, lawati Pusat Keselamatan Google.
- Untuk mendapatkan butiran tentang privasi dalam akaun sekolah, lawati Pusat Privasi & Keselamatan Google for Education.
Pengalaman yang lebih berguna & diperibadikan untuk anda
Apabila anda menggunakan Google Classroom, kami memproses sesetengah data untuk menawarkan pengalaman yang lebih baik dalam produk tersebut kepada anda. Maklumat anda kekal selamat. Anda boleh mengawal tetapan privasi anda dalam Google Account pada bila-bila masa.
Kandungan anda disimpan dengan selamat
Apabila anda memuat naik sebarang jenis fail kepada Google Classroom, fail ini disimpan dengan selamat dalam pusat data kami yang bertaraf dunia. Data disulitkan semasa dipindahkan dan semasa tidak digunakan. Jika anda memilih untuk mengakses fail ini secara luar talian, kami menyimpan maklumat ini pada peranti anda.
Google Account anda disertakan dengan keselamatan terbina dalam yang direka bentuk untuk mengesan dan menghalang ancaman seperti spam, pancingan data dan perisian hasad. Aktiviti anda disimpan menggunakan standard dan amalan industri yang kukuh.
Nama & alamat e-mel anda membantu penyegerakan data anda
Untuk menyimpan pilihan anda, pendaftaran kelas, ulasan kelas serta serahan tugasan, dan untuk membantu anda log masuk, kami menyimpan nama dan alamat e-mel anda.
Maklumat anda membantu anda membuat & mengurus Akaun Google anda
Untuk membuat akaun Google serba baharu, kami mengumpulkan nama dan nombor telefon anda. Apabila anda mengurus akaun Google, anda boleh memilih untuk memberikan alamat fizikal, memuat naik kenalan atau menambahkan foto profil anda.
Classroom menggunakan data untuk meningkatkan pengalaman anda
Untuk menyediakan ciri Classroom seperti laporan keaslian, dan meningkatkan pengalaman untuk menangani keperluan anda, kami memproses kandungan anda.
Untuk meningkatkan prestasi dan keandalan Classroom serta membantu anda menyelesaikan masalah sekiranya terdapat masalah semasa menggunakan Classroom, kami mengumpulkan data prestasi. Kami juga menyimpan maklumat ini untuk mencegah penyalahgunaan perkhidmatan kami dan untuk tujuan analisis.
Classroom tidak menggunakan kandungan anda untuk pengiklanan
Tiada iklan dalam Perkhidmatan Teras Google Workspace for Education, dan data perkhidmatan teras tidak digunakan untuk tujuan pengiklanan. Selain itu, jika iklan dipaparkan dalam Perkhidmatan Tambahan dan anda menggunakan akaun Google Workspace for Education anda dalam K-12 (sekolah rendah dan menengah), kami tidak memaparkan iklan diperibadikan kepada anda, yang bermaksud kami tidak menggunakan maklumat daripada akaun atau aktiviti anda yang lalu untuk menyasarkan iklan. Walau bagaimanapun, kami mungkin memaparkan iklan berdasarkan faktor umum seperti pertanyaan carian anda, masa pada hari itu, atau kandungan halaman yang anda baca.
Kawal kandungan anda dengan tetapan yang mudah digunakan
Anda menentukan kandungan yang dikongsi & orang yang dikongsi kandungan itu
Google menghormati privasi anda. Kami mengakses kandungan peribadi anda hanya apabila kami mempunyai kebenaran anda atau dikehendaki oleh undang-undang. Dengan Laporan Ketelusan Google, kami berkongsi data tentang cara dasar dan tindakan kerajaan serta syarikat mempengaruhi privasi, keselamatan, dan akses kepada maklumat.
Jika anda mempunyai akaun sekolah, organisasi anda boleh menyemak log tindakan yang diambil oleh Google apabila mengakses kandungan. Ketahui cara Google melindungi keselamatan dan privasi organisasi anda.
Pemaparan & pengawalan data anda dapat dilakukan dengan mudah
Dengan Papan Pemuka Google Account, anda dapat melihat ikhtisar produk Google yang anda gunakan dan item yang anda simpan seperti e-mel anda. Classroom juga menyediakan keupayaan pengarkiban dan pemadaman data.
Segerakkan perkhidmatan dengan lokasi anda
Kami menyimpan maklumat lokasi untuk memahami cara pengalaman produk anda mungkin berkaitan dengan geografi, misalnya apabila anda menghantar maklum balas kepada Google, dan untuk memastikan akaun anda selamat, misalnya jika kami mendapati anda log masuk dari lokasi baharu.
Anda boleh membawa data anda bersama-sama
Semua orang seharusnya mempunyai akses kepada kandungan yang telah dikongsi mereka dengan kami – pada bila-bila masa dan atas apa-apa jua sebab. Itulah sebabnya kami membuat Muat Turun Data Anda – supaya anda dapat memuat turun e-mel, kenalan, dan penanda halaman anda. Terpulang kepada anda untuk membuat salinan data anda, menyandarkan data itu, malah mengalihkan data tersebut kepada perkhidmatan lain.
Anda mengawal data yang disimpan pada Google Account anda pada sepanjang masa. Ketahui cara memuat turun data anda.
Jika anda mempunyai akaun sekolah, organisasi anda boleh memilih untuk memuat turun data anda dan mengehadkan anda daripada memuat turun data itu. Ketahui cara organisasi boleh mengeksport data.
Artikel berkaitan
Semua akaun
- Pusat Privasi & Keselamatan Google for Education
- Notis Privasi Google Workspace for Education
- Dasar Privasi Google